~SUSU 1M~

TAKLIMAT PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

Tarikh : 3 Februari 2014
Masa : 1.00 tengahari - 1.35 ptg
Tempat : Kantin Sekolah
Penyelaras Program : Cik Mahadevi Murgaya

PENGENALAN
Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

AKTIVITI YANG DUJALANKAN
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu.


FAEDAH PROGRAM
Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid  sekolah dan memastikan murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu ke sekolah, taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat ditingkatkan.

Gambar-gambar semasa taklimat diadakan......









1 comment: