KEJOHANAN BOLA BALING 2011

SEKOLAH INI TELAH MENGHANTAR 1 PASUKAN LELAKI DAN 1 PASUKAN PEREMPUAN BUAT JULUNG KALINYA. WALAUPUN TEWAS KESEMUA PERLAWANAN PARA PEMAIN MEMPEROLEHI PENGALAMAN YANG SANGAT BERGUNA DALAM MEMBENTUK PASUKAN YANG LEBIH MANTAP UNTUK MASA AKAN DATANG. SELAMAT BERJAYA....

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

SEKOLAH INI TELAH MENGHANTAR SERAMAI 6 ORANG PESERTA KE KEJOHANAN INI. MURID BERNAMA THANUSAH A/P KALIMUTHU BERJAYA MENDAPATKAN TEMPAT KETUJUH DAN SEKALIGUS MELAYAKKANNYA MEWAKILI PASUKAN DAERAH. SYABAS DAN TAHNIAH.

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1945 oleh pihak pentadbiran ladang Buluh Akar untuk  memberikan pendidikan rendah kepada anak-anak  pekerja ladang. Tanah kawasan sekolah ini seluas satu setengah ekar adalah milik pihak pentadbir ladang. Pada awalnya, SJKT LBA dibina dengan tiga buah bilik darjah sahaja. Bangunannya terdiri daripada kayu dan beratapkan zink.

Bilangan murid agak sedikit dan maklumat pentadbiran sekolah tidak begitu jelas. Hanya kanak-kanak yang tinggal di ladang buluh akar sahaja yang belajar di sekolah ini. Pada mulanya tidak berlaku apa-apa perubahan yang drastik. Selepas pertengahan tahun 1970-an, bilangan murid sekolah ini meningkat sehingga 150 orang. Akan tetapi bermula awal tahun 2000 bilangan murid mula berkurangan akibat perpindahan keluarga ke Bandaraya Ipoh dan bandar-bandar lain.

Sekarang di bawah kepimpinan Puan Pon.Mariamah, sekolah ini telah mengalami satu transformasi dan kini sedang menuju ke arah matlamat sekolah berprestasi tinggi.