Perbahasan Antara Sekolah Sekolah Tamil anjuran Vanakkam Malaysia (மாணவர் முழக்கம் 2)





21 April 2012 - Pertandingan Perbahasan antara Sekolah-sekolah Tamil (மாணவர் முழக்கம் 2 (தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கான சொற்போர்)) telah diadakan di INSTUN Tanjung Malim, Perak. Pertandingan peringkat kebangsaan ini diadakan berperingkat-peringkat di seluruh negara. Pertandingan yang berlangsung untuk sekolah-sekolah kelompok ketiga ini telah diadakan untuk Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil negeri Perak dan Pahang.
Keseluruhanya, sejumlah 54 kumpulan telah mengambil bahagian. SJKT LBA telah menghantar 1 kumpulan dan pulang dengan hadiah saguhati.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta M.Danesh, P.Kaarthiga dan R.Parames.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.vanakkammalaysia.com

Lawatan ke SJK (C) Ave Maria Convent, Ipoh-PERAK



18 April 2012 - Guru besar Puan Pon.Mariamah telah menyertai satu lawatan ke SJK (C) Ave Maria Convent yang dianjurkan oleh JPN Perak berikutan pencalonan SJKT LBA untuk menerima anugerah SBT & Sekolah Kluster.

Karnival Kecemerlangan Bahasa Tamil


7hb April 2012 -  Karnival Kecemerlangan Bahasa Tamil 2012 (வளர்தமிழ் விழா) peringkat Daerah Perak Tengah telah diadakan di SJK (T) Ladang Serapoh. Piala pusingan untuk tahun 2012 telah dimenangi oleh tuan rumah karnival. Seramai 3 orang murid telah layak mengambil bahagian dalam Karnival Kecemerlangan Bahasa Tamil peringkat negeri yang akan diadakan pada 21hb April 2012 di Teluk Intan. Tahniah dan syabas! =)

Pencalonan "Sekolah Kluster" dan "Sekolah Berprestasi Tinggi"


5hb April 2012 - Seluruh warga SJKT LBA bersyukur dan bangga akan PENCALONAN "SEKOLAH KLUSTER" DAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI" - 2012. Sehubungan dengan itu suatu ceramah telah disampaikan oleh pegawai jemputan khas dari JPN Perak En.Safuan bin Hj. Raba'ai tentang persediaan melayakan SJKT LBA menerima kedua-dua anugerah tersebut. Terima kasih diucapkan!

Science Fair for Young Children



Pertandingan "SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN" peringkat sekolah telah diadakan pada 30hb Mac 2012 yang lalu. Sejumlah 8 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini turut dimeriahkan oleh kehadiran ibu bapa serta para hakim jemputan khas En.Ashok dan Pn.Mohana.
Terima kasih dan syabas! =)
Untuk maklumat lanjut http://www.nsfyc.org/v1/

Sambutan Hari Jadi Guru Besar


22 Mac, 2012 - Sambutan hari jadi guru besar, Puan Pon.Mariamah bersama kakitangan sekolah dan para murid. Kek hari jadi dikongsi bersama dua orang murid yang turut menyambut hari lahir pada tarikh yang sama. =)

Merentas Desa 2012


Februari, 2012 - Peserta merentas desa peringkat Daerah Perak Tengah tahun 2012. Acara ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri, Parit, Perak.
Bersama dengan guru pengiring Puan N. Agilah.

Anugerah Kecemerlangan PIBG 2011/2012


SJKT LBA telah dianugerahkan ANUGERAH CEMERLANG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peringkat daerah bagi tahun 2011/2012 baru-baru ini.

PIBG SJKT LBA telah memenangi tempat kedua, iaitu NAIB JOHAN peringkat Daerah Perak Tengah.

Guru besar, Puan Pon.Mariamah bersama dengan YDP PIBG, Naib Pengerusi dan Setiausaha PIBG. (gambar)