~TAMIL ENGGAL THAAI MOZHI~

HARI BAHASA IBUNDA SEDUNIA

Tarikh : 21.02.2014
Masa : 7.45pgi- 12.05tgh
Tempat : Bilik Serbaguna

Satu program mengenai hari bahasa ibunda sedunia telah diadakan di SJKT LBA. Program ini adalah hasil cetusan idea oleh salah seorang guru SJKT LBA iaitu Cik Anurada. Antara intipati program ini ialah semua guru dan murid dikehendaki untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Tamil untuk sepanjang hari tersebut. Selain tu, satu persembahan multimedia juga telah diadakan. Keagungan dan kemuliaan bahasa Tamil telah didedahkan kepada murid-murid melalui persembahan multimedia ini.


murid-murid sedang menyaksikan persembahan multimedia

Cik Maha dan Cik Anu sedang memberikan taklimat mengenai Bahasa Tamil





persembahan multimedia.....lagu mengenai keagungan bahasa tamil dan juga beberapa dokumentari mengenai bahasa tamil.


ucapan guru besar Pn Marimah Ponniah
Tahniah diucapkan kepada Cik Anurada kerana dapat mengadakan program seperti ini. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan para guru.

~POOJA KHAS~PENYERAHAN ANAK ANGKAT~

POOJA KHAS UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 & MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT

Tarikh : 14 Februari 2014
Masa : 11.00 pg - 1.30 ptg
Tempat : Bilik Agama / SAL

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung


Guru kelas tahun 6 Cik Malligah bersama murid-murid tahun 6




sebelum pooja bermula......persiapan pooja dilakukan oleh tok sami



semasa pooja berlangsung......






ibu bapa bersama para guru SJKT LBA




penyerahan anak angkat

Danesh - Pn Thavamany dan Pn Nirmala Devi

Logeswaran - Pn Rajeswary dan En Prabu

Shamini - Pn Selvarani dan Cik Mahadevi

Shamilan - Cik Anurada dan Cik Malligah

Thenmoli - Pn Marimah dan Cik Priya

Lingesraj - Cik Malligah dan Cik Kunasundari

 gambar-gambar yang lain.........













~SUSU 1M~

TAKLIMAT PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

Tarikh : 3 Februari 2014
Masa : 1.00 tengahari - 1.35 ptg
Tempat : Kantin Sekolah
Penyelaras Program : Cik Mahadevi Murgaya

PENGENALAN
Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

AKTIVITI YANG DUJALANKAN
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu.


FAEDAH PROGRAM
Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid  sekolah dan memastikan murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu ke sekolah, taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat ditingkatkan.

Gambar-gambar semasa taklimat diadakan......









~JASAMU DIKENANG~

Majlis Perpisahan Pn Norsiah Ariffin (Kak Noor)

Tarikh : 30 Januari 2014
Masa : 1.20 ptg - 2.30 ptg
Tempat : Kantin SJKT Ladang Buluh Akar

Tahun ini SJKT Ladang Buluh Akar menyaksikan seorang lagi warga SJKT LBA yang telah berpindah ke tempat baru. Beliau ialah pengawal keselamatan SJK LBA Pn Norsiah Ariffin atau lebih mesra sebagai Kak Noor. Sepanjang dalam perkhidmatan, beliau menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Malah beliau juga turut melakukan kerja-kerja sampingan untuk membantu meringankan kerja para guru dan staf sekolah. Sememangnya berita perpindahan  beliau amat mengejutkan kami warga SJKT LBA. Warga SJKT LBA berharap beliau akan menjalani kehidupan beliau dengan bahagia di tempat baharu beliau dan semoga maju jaya Kak Noor. 


Dari mana hendak kemana,
Singgah sebentar di pasar pagi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

Yang diraikan, Kak Noor


Ucapan Aluan oleh Pengacara Majlis En Prabu Jeyaseelan


 Ucapan Guru Besar Pn Mariamah Ponniah




 Jamuan ringkas





Penyampaian cenderahati kepada Kak Noor oleh Guru Besar


turut memeriahkan majlis...2 orang 'bodyguard' SJKT LBA........

murid-murid tahun 6 bersama Kak Noor

guru-guru juga sempat berposing.....




 


kenangan tercipta....yang disini menanti yang disana merindu



~TAMAT SUDAH~