~TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA~

MAJLIS PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Tarikh : 29 Januari 2014
Masa : 2.00 ptg - 3.30 ptg
Tempat : SJKT Ladang Buluh Akar, Parit
Tetamu Undangan Khas : En Rajasegaran ( Pengurus Besar Ladang Buluh Akar)

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis En Prabu Jeyaseelan. Beliau mempersilakan tetamu jemputan khas yakni En Rajasegaran Pengurus Besar Ladang Buluh Akar dan juga Guru Besar Pn Mariamah Ponniah. 
 




Ucapan Guru Besar SJKT Ladang Buluh Akar, Pn Mariamah Ponniah. Beliau menyeru ibu bapa untuk menggunakan wang bantuan secara berhemah dan mengutamakan keperluan pendidikan anak-anak mereka.
 
 Ibu bapa yang hadir ke majlis ini bersama murid-murid serta para guru sekalian.








Ucapan tetamu undangan khas En Rajasegaran Pengurus Besar Ladang Buluh Akar, Parit. Beliau berharap murid-murid SJKT Ladang Buluh Akar cemerlang dalam akademik dan  mengamalkan kelakuan dan tingkah laku yang mulia dan terpuji. 





Agenda yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yakni pemberian bantuan awal persekolahan berjumlah RM 100 bagi seorang murid. En Rajasegaran dengan berbesar hati telah menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu bapa yang hadir. 




Majlis tamat pada pukul 3.30petang. Masing-masing pulang dengan hati yang riang gembira. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En Rajasegaran yang sanggup meluangkan masa bersama kami untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

~SATU HARI DI PAGI SABTU~

GOTONG ROYONG 2014

Tarikh : 25 Januari 2014
Masa : 7.30  pagi - 11.30 pagi
Tempat : SJKT Ladang Buluh Akar, Parit

Setelah 2014 membuka tirainya, ini adalah kali yang pertama aktiviti gotong-royong diadakan. Kali ini melibatkan semua warga SJKT LBA. Aktiviti yang utama ialah mengecat pagar sekolah. Kami seramai 11 orang guru bertungkus-lumus mengecat pagar sekolah kami tanpa menghiraukan tangan dan baju kami yang kotor terkena cat. Masing-masing menunjukkan kehandalan mereka mengecat. Betullah kata orang dulu-dulu " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Setiap kerja yang dilakukan akan menjadi lebih mudah jika semua orang datang membantu. Maka pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menjayakan aktiviti ini. 

Sebelum dicat......hmmmm agak kusam dan warna dinding pagar sudah luntur




guru-guru membuat persiapan untuk mengecat.....sambil mengacau cat sambil berposing...






aktiviti bermula...mari kita tengok kesenian guru-guru SJKT LBA...








selepas dicat..inilah hasil tangan 11 orang guru SJKT LBA....










makan dulu!!!



 
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua guru, sanggup meluangkan masa walaupun pada hari sabtu semata-mata untuk menjayakan aktiviti ini. Jasa kalian akan tetap dikenang dan dihargai.

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 SJKT LBA

Perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6

Tarikh : 22 Januari 2014
Masa : 1.30 tghari - 3.00 petang
Tempat : Bilik SAL

Perjumpaan ini adalah untuk memaklumkan kepada ibu bapa mengenai prestasi anak-anak mereka yakni murid-murid tahun 6 seramai 6 orang murid. Perjumpaaan ini juga bertujuan memberi semangat dan motivasi kepada murid dan juga ibu bapa dalam memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka selain berkongsi teknik dan strategi yang boleh digunapakai oleh murid dalam usaha untuk menyediakan fizikal dan mental untuk menghadapi UPSR kelak.

Ucapan Guru Besar Pn Marimah Ponniah


Ucapan Guru Kanan Pentadbiran Cik Kunasundari Nallasamy

Murid-murid dan ibu bapa yang menghadiri perjumpaan